
Osman Bakar, a doctorate in Islamic philosophy from Temple University, Philadelphia (USA) is currently Holder of Al-Ghazali Chair of Epistemology and Civilizational Studies and Renewal at the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), International Islamic University Malaysia (IIUM). He is also Emeritus Professor in Philosophy of Science at University of Malaya. He was formerly Distinguished Professor and Director of Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam. Dr Osman was also formerly Malaysia Chair of Islam in Southeast Asia at the Prince Talal al-Waleed Center for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University, Washington DC, and Deputy Vice Chancellor (Academic and Research) at University of Malaya. Dr Osman is author and editor of 40 books and more than 300 articles on various aspects of Islamic thought and civilization, particularly Islamic science and philosophy in which he is a leading authority. His most well-known books are Classification of Knowledge in Islam (1992) and Tawhid and Science (1992). His latest books are titled Al-Farabi: Life, Works and Significance (2018) (new second edition) and Colonialism in the Malay Archipelago: Civilizational Encounters (co-editor) (2020). He has been named among the 500 most influential Muslims in the world since 2009. He was made a Dato’ in 1994 by HRH Sultan of Pahang and a Datuk by HM the King of Malaysia in 2000.
* * * * *
Dr Osman Bakar kini bertugas sebagai Profesor dan Penyandang Kursi Al-Ghazali dalam bidang Pemikiran Islam di ISTAC-IIUM. Beliau merupakan mantan Pengarah Pusat Pengajian Islam Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOASCIS) di Universiti Brunei Darussalam (2013–2017). Beliau juga adalah Profesor Emeritus di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai penyandang Kursi Malaysia dalam bidang Pengajian Islam di Asia Tenggara di Universiti Georgetown (2000-2005), Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Sumber Manusia) Universiti Malaya (1995-2000) dan penyandang pertama Kursi Falsafah Sains di Universiti tersebut (1992-2000).
Dr Osman yang berasal dari Temerloh, Pahang mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti London di mana beliau merupakan anak Melayu pertama menerima ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang Matematik. Beliau juga menerima ijazah Sarjana Sains (Matematik) dari Universiti yang sama. Setelah bertukar bidang pengkhususan dari bidang matematik kepada bidang agama, falsafah dan sains Islam, beliau melanjutkan pelajarannya untuk ijazah sarjana perbandingan agama dan ijazah kedoktoran dalam bidang falsafah Islam di Universiti Temple, Philadelphia, Amerika Syarikat (1981-1986). Beliau dilantik professor penuh pada tahun 1992.
Dr Osman adalah pengasas utama Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) yang ditubuhkan pada tahun 1977. Beliau telah menjadi Presiden Akademi ini dari 1986 hingga 1992. Beliau merupakan mantan Setiausaha Agung ABIM (1979 – 1981). Beliau pernah menjadi Sarjana Pelawat Fulbright di Jabatan Sejarah Sains, Universiti Harvard dari Jun-Disember, 1992. Dr Osman telah menghasilkan 38 buah buku dan hampir 350 buah makalah dalam berbagai-bagai bidang berkaitan dengan peradaban Islam, khususnya sejarah dan falsafah sains Islam. Beberapa buah tulisannya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa umat Islam, termasuklah Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Bahasa Parsi, Bahasa Turki, Bahasa Urdu, Bahasa Bosnia, Bahasa Bengali dan Bahasa Albania. Terdapat juga tulisan-tulisan beliau yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Sepanyol. Dua buah bukunya yang paling terkenal di peringkat antarabangsa ialah Classification of Knowledge in Islam (Taqsim al-‘ulum fi’l-Islam) dan Tawhid and Science (Al-Tawhid wa’l-‘ulum).
Dr Osman telah dianugerahkan gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang pada tahun 1994 dan gelaran Datuk oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2000. Beliau pernah dilantik sebagai anggota C-100 (The West-Islamic World Dialogue Initiative) yang ditubuhkan oleh Forum Ekonomi Sedunia beribu pejabat di Davos, Switzerland. Beliau juga tersenarai setiap tahun sejak 2010 hingga sekarang sebagai salah seorang daripada 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia dan di antara 20 cendekiawan terkemuka Malaysia. Dua judul buku terbaru beliau ialah Quranic Pictures of the Universe (2016) dan Al-Farabi: Life, Works and Significance (2018, edisi baru).
Last updated: 27 January 2021.
